Bazar Raya NADI 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang, Program Bazar Raya NADI 2026 telah dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan memperkasa usahawan komuniti serta memperluas peluang pemasaran produk tempatan ke peringkat lebih tinggi.
NADI Parit Othman turut mengambil bahagian dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang ditawarkan ialah jualan produk seperti makanan ringan, tudung, mainan kanak-kanak, aksesori wanita serta promosi ternakan kambing. Program ini juga melibatkan penyertaan usahawan cilik daripada NADI Kidventure yang berpeluang merasai pengalaman sebenar dalam urusan perniagaan.
Selain itu, turut diadakan saringan kesihatan asas merangkumi pemeriksaan BMI, paras gula dan tekanan darah. Pelbagai program pembangunan turut dilaksanakan seperti webinar keusahawanan, kelas DILEA (tuisyen dalam talian), e-sukan serta pendedahan kepada teknologi seperti MICRO:BIT, robotik, Python, HTML dan SQL. Aktiviti mewarna kanak-kanak juga diadakan bagi menarik penyertaan golongan muda.
Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada komuniti, khususnya dalam meningkatkan peluang ekonomi, pengetahuan dan kemahiran peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: